Wednesday, 7 April 2010

:: 6 Akibat Buruk Makan Berlebihan ::

Manusia perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu :

 Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

 Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

 Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

 Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

 Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

 Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim : “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”