Wednesday, 25 August 2010

WANITA : Akal senipis rambutnya …

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada di dalam syurga?. Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungin kayu yang bengkok menghasilkan bayangan yang lurus
Luruskanlah wanita ke jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah s.w.t.
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta …
Kerana nantinya mereka akan semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan …
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkanlah mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia
Akal senipis rambutnya, lebatkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, kuatkanlah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situ nantinya …
Mereka akan lihat penilaian dan keadilan …

Tuhan …
Bisikkanlah ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan
Ianya bukan diskriminasi tuhan
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur
Dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus
Bahkan semakin membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya …
Bila wanita itu menjadi derhaka
Pastinya dunia lelaki akan menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi
Pimpinlah diri kepada-Nya
Jinakkanlah diri kepada Allah s.w.t.
Nescaya akan jinaklah segala di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHARAH
Andainya dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI-KARAMATULLAHUWAJHAH.

Pesanan buatmu …