Wednesday, 22 December 2010

99 Nama-Nama Tuhan & Fadhilatnya

AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insya Allah akan mempunyai ingatan baik, fikiran tegas serta murah hati .

AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas fajar, insya Allah akan menemui orang-orang yang baik hati .

AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang, insya Allah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan, kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali setiap hari , insya Allah akan bebas daripada kebimbangan .

AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hambaNya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insya Allah dengan pertolonganNya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hambaNya, peliharalah mereka yang mencari perlindungan padaNya , kemudian berikanlah ketenteraman. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali, insya Allah akan jauh dari bahaya .

AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insya Allah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

AL'AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insya Allah akan bebas daripada bantuan orang lain.

AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendakNya. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya, ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahupun kekerasan .

AL-MUTAKABBIR : Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaranNya.Membaca berulangkali sebelum bersetubuh dengan isterinya , insya Allah, Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

AL-KHALIQ : Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

AL-BARI' : Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

AL-MUSAWWIR : Pereka - Ia reka segala-galanya. Fadhilatnya : Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-

MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . Insya Allah permintaannya akan dikabulkan.

AL-GHAFFAR : Pengampun - Ia sangat pengampun. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang tiga kali , insya Allah akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya.

AL-QAHHAR : Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali , insya Allah akan mengatasi kehendaknya dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain.

AL-WAHHAB : Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali insya Allah akan dimurahkan rezeki.

AL-FATTAH : Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali , Insya Allah akan terbuka hatinya untuk berjaya.

AL-'ALIM : Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali , Insya Allah akan bersinar hatinya dengan cahaya suci.

AL-QABID : Pengekang - Ia mengekang . Fadhilatnya : Sesiapa menulis namaNya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insya Allah ia tidak akan kebuluran.

AL-BASIT : Pembesar - Ia berkuasa membesarkan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukanya , insya Allah ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AL-KHAFID : Perendah diri - Yang mengurangkan . Fadhilatnya : Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut namaNya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali , insya Allah ia akan dipelihara daripada musuhnya.

AR-RAFI' : Peninggi - Yang meninggikan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam, insya Allah, Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya .

AL-MU'IZZ : Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat , insya Allah, Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .

AL-MUZILL : Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 75 kali berulang-ulang , insya Allah akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .

AS-SAMI' : Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor ( tengah hari ) , insya Allah, Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .

AL-BASIR : Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , Insya Allah, Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

AL-HAKKAM : Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

AL-'ADL : Pengadil - Sesungguhnya adil . Fadhilatnya : Jika sesiapa menulis namaNya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insya Allah orang akan mengikut kehendaknya.

AL-LATIF : Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia . Fadhilatnya : Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah namaNya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan), insya Allah niatnya akan dikabulkan.

AL-KHABIR : Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya. Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah namaNya berulang-ulang , insya Allah kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian.

AL-HALIM : Penyabar - Ianya berkuasa . Fadhilatnya : Apabila seseorang menulis namaNya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insya Allah bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa.

AL- 'AZIM : Yang Maha Besar - Ia mulia . Fadhilatnya : Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .

AL-GHAFUR : Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya . Fadhilatnya : Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insya Allah akan sembuh .

ASH-SHAKUR : Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .
Fadhilatnya : Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya , insya Allah hatinya akan menjadi lapang atau lega .

AL-'ALI : Yang Termulia - Ianya yang paling mulia . Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut namaNya berulang-ulang , insya Allah keyakinannya akan teguh .

AL-KABIR : Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali setiap hari , insya Allah ia akan memperolehi kemuliaan.

AL-HAFIZ : Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya 16 kali sehari insya Allah ia akan diselamatkan dari malapetaka.

AL-MUQIT : Penjaga - Ia menjaga Fadhilatnya : Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut namaNya.

AL-HASIB : Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat. Fadhilatnya : Apabila seseorang takut dirompak, mahupun akibat dengki musuhnya, mulakan menyebut atau membaca namaNya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib. Insya Allah ia akan selamat.

AL-JALIL : Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa . Fadhilatnya : Sesiapa menulis namaNya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insya Allah ia akan dimuliakan oleh manusia .

AL-KARIM : Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang , insya Allah ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

AR-RAQIB : Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .

AL-MUJIB : Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia . Fadhilatnya : Sesiapa memohon kepadaNya , insya Allah niatnya akan dikabulkan .

AL-WASI' : Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas. Fadhilatnya : Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah namaNya berulang-ulang , insya Allah ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik

AL-HAKIM : Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya terus menerus (dari masa ke masa), insya Allah ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .

AL-WADUD : Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak . Fadhilatnya : Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut namaNya 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, insya Allah pertikaian antara mereka akan selesai .

AL-MAJID : Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang, insya Allah akan menerima kebahagiaan .

AL-BA'ITH : Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan. Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi namaNya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap Allah .

ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya. Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insya ALLAH anak itu
akan menurut perintah .

AL-HAQQA : Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan . Fadhilatnya : Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insya ALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .

AL-WAKIL : Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .
Fadhilatnya : Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insya ALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .

AL-QAWI : Paling Kuat - Dia yang terkuat . Fadhilatnya : Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan, insya ALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .

AL-MATIN : Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya . Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insya ALLAH kesusahannya akan lenyap .

AL-WALI : Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil . Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insya ALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .

AL-HAMID : Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk. Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insya ALLAH akan disayangi dan dipuji .

AL-MUHSI : Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu darinya . Fadhilatnya : Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insya ALLAH akan mempunyai kemudahan .

AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh . Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .

AL-MU'ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang itu akan pulang dengan selamat .

AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan. Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .

AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya . Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .

AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta . Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .

AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya. adhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .

AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .

AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada
ketakutan serta kebingunan .

AL-AHAD : Yang Tunggal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .

AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .

AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya . Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .

AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .

AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya . Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .

AL-AWWAL : Pengawal . Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .

AL-AKHIR : Yang Akhir . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

AZ-ZAHIR : Penzahir . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .

AL-BATIN : Pembatin . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .

AL-WALI : Wali atau Pemerintah . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .

AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.

AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .

AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .

AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah. Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .

AL-'AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .

AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .

MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .

DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .

AL-JAME' :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .

AL-GHANI :Serba Lengkap . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

AL-MUGHNI :Pengmakmur . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .

AL-MANI' :Pencegah . Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .

AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah . Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

AN-NAFI' :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

AN-NUR : Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya. Fadhilatnya : Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .

AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia . Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .

AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan. Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )

AL-BAQI : Yang Kekal . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .

AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .

AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran . Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .

AS-SABUR : Penyabar . Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insya ALLAH ia akan terselamat.