Sahabatku,
Hari ini kita mungkin sama-sama mencipta kenangan nan indah dan sebolehnya, tiap detik itu aku cuba hargai. Pengalaman mengajar aku akan erti persahabatan yang sering mengundang seribu rasa yang sukar untuk aku tafsirkan. Hingga kini, aku tak akan melupakan sahabat lama yang masih segar di hati ini. Merekalah lipatan sejarah hidup aku yang sama-sama mencipta mimpi suatu ketika dulu. Namun aku masih percaya, sahabat yang ikhlas dan jujur kerana-Nya pasti akan kekal hingga ke akhir hayat. Selagi kejujuran dan keikhlasan menjadi milikmu yang nyata, maka tiap nafasku ini, aku akan setia bersama-samamu wahai sahabatku. Apa yang aku coretkan untuk semua sahabatku yang masih menyimpan segenggam janji dan kasih atas nama sebuah persahabatan!
Hingga akhir nanti....