Thursday, 13 January 2011

:: Adab Dan Etika Hubungan Suami Isteri ::

Dalam hadis yang bersumber dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah pernah berwasiat kepada menantunya Ali bin Abi Thalib (sa) : “Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaknya melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Kerana, dengan hal ini Allah mengeluarkan dari rumahmu 70.000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70.000 macam kekayaan, 70.000 macam keberkahan, menurunkan kepadamu 70.000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkahan dan isterimu diselamatkan dari berbagai macam penyakit selama ia berada di rumahmu.

Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkahwinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan apel yang asam. Ali bertanya : Ya Rasulullah, mengapa ia dilarang dari empat hal tersebut? Rasulullah menjawab  : Empat hal tersebut dapat menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul. Kemudian Ali (sa) bertanya : Ya Rasulallah, mengapa ia tidak boleh minum cuka? Rasulullah menjawab : Cuka dapat menyebabkan tidak sempurna kesucian dari haidnya; Kuzbarah menyebabkan darah haid berakibat negatif terhadap kandungannya dan mempersulit kelahiran; sedangkan apel yang asam dapat menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya. Kemudian Rasulullah bersabda :

Pertama : Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu pada awal bulan, tengah bulan, dan akhir bulan, kerana hal itu mempercepat datangnya penyakit gila, kusta, dan kerosakan saraf padanya dan keturunannya.

Kedua : Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sesudah Zuhur, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan jiwa anak mudah goncang, dan syaitan sangat menyukai manusia yang jiwanya goncang.

Ketiga : Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sambil berbicara, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan kebisuan. Dan janganlah seorang suami melihat kemaluan isterinya, hendaknya memejamkan mata ketika berhubungan, kerana melihat kemaluan dapat menyebabkan kebutaan pada anak.

Keempat : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dengan dorongan syahwat pada wanita lain (membayangkan perempuan lain), kerana (bila dikurniai anak) dikuatirkan memiliki sikap seperti wanita itu dan memiliki gangguan kejiwaan.

Kelima : Wahai Ali, barangsiapa yang bercumbu dengan isterinya di tempat tidur janganlah sambil membaca Al-Qur’an, kerana aku kuatir turun api dari langit lalu membakar keduanya.

Keenam : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dalam keadaan telanjang bulat, juga isterimu, kerana kuatir tidak tercipta keseimbangan syahwat, yang akhirnya menimbulkan persengketaan di antara kalian berdua, kemudian menyebabkan perceraian.

Ketujuh : Wahai Ali, janganlah menggauli isterimu dalam keadaan berdiri, kera hal itu merupakan bahagian dari prilaku anak keledai, dan (bila dianugerahi anak) ia suka kencing di tempat tidur seperti anak keledai kencing di sembarangan tempat.

Kelapan : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Fitri, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan anak memiliki banyak keburukan.

Kesembilan : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Adhha, kerana (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan jari-jarinya tidak sempurna, enam atau empat jari-jari.

Kesepuluh : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah pohon yang berbuah, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang penyambuk atau pembunuh atau tukang sihir.

Kesebelas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah langsung sinar matahari kecuali tertutup oleh tirai, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan kesengsaraan dan kefakiran sampai ia meninggal.

Kedua belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di antara adzan dan iqamah, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia suka melakukan pertumpahan darah.

Ketiga belas : Wahai Ali, jika isterimu hamil, janganlah menggaulinya kecuali kamu dalam keadaan berwudhu’, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia buta hatinya dan bakhil tangannya.

Keempat belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam Nisfu Sya’ban, kera hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan tidak bagus biologisnya, bertompok pada kulit dan wajahnya.

Kelima belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada akhir bulan bila sisa darinya dua hari (hari mahaq), kera hal itu (bila anugerahi anak) dapat menyebabkan ia suka bekerjasama dan menolong orang yang zalim, dan menjadi perosak persatuan kaum muslimin.

Keenam belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di atas bangunan (yang tidak beratap), kera hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang munafik, riya’, dan ahli bi’ah.

Ketujuh belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu ketika hendak melakukan perjalanan (bermusafir), jangan menggaulinya pada malam itu, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia suka membelanjakan harta di jalan yang tidak benar (pemboros). Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah : إِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا إِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنَ. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra’: 27).

Kelapan belas : Wahai Ali, jangan menggauli isterimu jika kamu hendak bermusafir 3 hari 3 malam, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi penolong orang yang zalim.

Kesembilan belas : Wahai Ali, gauilah isterimu pada malam isnin, kerana hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi pemelihara Al-Qur’an, redha terhadap pemberian Allah s.w.t.

Kedua puluh : Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Selasa, hal itu (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia dianugrahi syahadah setelah bersaksi “Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah”, tidak disiksa oleh Allah bersama orang-orang yang musyrik, bau mulutnya harum, hatinya penyayang, tangannya dermawan, dan lisannya suci dari ghibah dan dusta.

Kedua puluh satu : Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Khamis, hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi ahli hukum dan orang yang ‘alim.

Kedua puluh dua : Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada hari Khamis setelah matahari tergelincir, hal itu (bila dikuniai anak) dapat menyebabkan ia tidak didekati syaitan sampai berubah rambutnya, menjadi orang yang mudah faham, dan dianugerahi oleh Allah Azza wa Jalla keselamatan dalam agama dan di dunia.

Kedua puluh tiga : Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum’at, hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang orator. Jika kamu menggauli isterimu pada hari Jum’at setelah Ashar, (bila dikurniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang terkenal, termasyhur dan ‘alim. Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum’at sesudah ‘Isya’, maka diharapkan kamu memiliki anak yang menjadi penerus, insya Allah.

Kedua puluh empat : Wahai Ali, jangan gauli isterimu pada awal waktu malam, kerana hal itu (bila dianugerahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang tidak beriman, menjadi tukang sihir yang akibatnya buruk di dunia hingga di akhirat.

Kedua puluh lima : Wahai Ali, pegang teguhlah wasiatku ini sebagaimana aku memeliharanya dari Jibril (as). (Kitab Makarimul Akhlaq: 210-212)