Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut :
1) Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama' Hadis yang muktabar.
2) Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
3) Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.
Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada 'hadis' tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.
Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan.. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi s.a.w.
Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi s.a.w. :
Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka. Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat).Wallahua'lam.
Jenis-jenis HADIS
Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatny a:
1. Hadis Mutawatir
Hadis yang diketahui/diriwayat kan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya
2. Hadis Mashyur
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza
3. Hadis Sahih
Hadis yang berhubung/bersambun gan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut :
i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.
4. Hadis Hasan
Hadis yang berhubung/bersambun gan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.
5. Hadis Dho'if
Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
6. Hadis Marfuk
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi s.a.w sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.
7. Al-Hadis Mauquf
Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita
8. Al-Hadis Mursal
Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi s.a.w) secara lansung atau terus kepada Nabi s.a.w dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
9. Al-Hadis Muttasil
Hadis yang berhubung/bersambun g sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi s.a.w atau kepada para sahabat.
10. Hadis Mahfuz
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).
11. Hadis Jaiyid
Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.
12. Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.
13. Hadis Maudhuk'
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi s.a.w pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).