Renungan kita bersama, saudaraku :-
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti & sangatlah berat timbangan kejahatannya & telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa menangis kerana amat takut kepada Allah s.w.t. maka Allah telah mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah mengampunkan hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah. Malaikat Jibrail mengumumkan, "Telah selamatlah ia hanya disebabkan sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan!! Semua umat manusia berlutut kerana kesusahan & kesengsaraan menghadapinya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, " Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak dengan lutut) Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (dikatakan kepadanya) : Pada hari ini kamu akan dibalas mengikut setiap apa yang telah kamu kerjakan." (Surah al-Jatsiyah, ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri api neraka, mereka lalu mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun PERJALANAN !!!
Pada waktu itu akan berkatalah setiap orang & juga nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (Selamatkanlah diriku, Ya ALLAH)." Kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliaulah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahanam seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad akan berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api ! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, agar engkau kembali."
Walaupun diucapkan sedemikian, api neraka tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail pun berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju ke arah Nabi Muahammad s.a.w." Kemudian Jibrail membawa semangkuk air & Rasulullah meraihnya. Berkata Jibrail a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah padanya."Lalu Rasulullah menyiram api neraka itu, lalu padamlah ia dengan izin ALLAH."
Setelah itu Rasulullah pun bertanyalah kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, air apakah itu?"
Jawab Jibrail,"Itulah air mata orang yang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t & sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau dapat menyiraminya.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,"Ya ALLAH, anugerahilah kami 2 biji mata yang menangis kerana takutkan-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."