Wednesday, 9 February 2011

:: Bila Tiba Masanya Nanti ::

Ya Allah,
Bukan mudah untuk ku hadapi ujian Mu ini,
Namun ku pasti Engkau Maha Pengasih Lagi Bijaksana,
Segalanya telah direncanakan,
Dan aku mampu untuk hadapi setiap ujian dari Mu,
Cuma kadang kala hati berbisik,
"Aku tidak mampu menghadapinya",
Aku tahu aku tidak boleh melayan bisikan itu,
Yang ku anggap dari musuh Mu yang dilaknat,
Kerana aku yakin pada akhir surah Al-Baqarah,
Engkau tidak akan bebankan hamba Mu,
Dengan perkara yang tidak mampu ditanggunginya,
Berilah keampunan & rahmat Mu,
Berilah kekuatan & ketabahan hati,
Tempatkanlah aku di kalangan mereka yang sabar,
Moga diri ini akan sentiasa redha dengan ujian dari Mu,
Agar Engkau juga meredhai diri yang lemah ini,
Bila tiba masanya nanti...

Moga diampunkan segala dosa kerana kita hambaNya yg sentiasa lalai & leka & semoga sentiasa dalam rahmat & kasih Ilahi dalam menempuh hidup di dunia yang sementara ini ... amin.