ANDA masih tercari-cari lelaki sejati untuk menjalin hubungan?
Jika jawapannya belum dan masih meneruskan misi mencari lelaki yang bakal membahagiakan, barangkali anda me letakkan ciri-ciri tertentu kepadanya. Memiliki keperibadian menarik, terserlah sifat kelelakian dan karisma lazimnya membuatkan wanita sering teruja.
Barangkali panduan berikut mungkin sesuai dijadikan renungan untuk mencari lelaki idaman, antaranya:
• Lelaki tulen
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki justeru, mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori lelaki.
• Lelaki yang berharga
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga.
• Lelaki yang teguh jiwa
Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki me nangis, harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
• Lelaki yang sederhana
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
• Lelaki yang cantik
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada pe rangainya dan kebersihan hatinya.
• Lelaki yang ada pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan me nunaikan janji apabila berjanji.
• Lelaki yang kemas bersih
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
• Lelaki yang cerdik
Cepat faham apa yang dikehendaki wanita tanpa perlu disebutkan.
• Lelaki yang cekap
Segera memberikan wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dulu.
• Lelaki yang bijak
Tidak suka bercerita mengenai kelebihan atau ketampanan dirinya.
• Lelaki yang tabah
Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut apabila berdepan suasana yang menekan, kesuntukan masa atau cemas.
• Lelaki berwawasan
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masanya digunakan untuk perkara yang produktif.
• Lelaki yang baik
Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
• Lelaki yang sopan
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
• Lelaki yang mengasihi
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu, suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
• Lelaki yang ceria
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.