Wednesday, 6 July 2011

:: LUDAH KE KIRI 3 KALI ::

Mimpi dialami oleh semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.

Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut :
• Meludah ke kirinya tiga kali
• Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat
• Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan)
• Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain
• Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu

Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi buruk adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)