Di sini Langsat ingin berkongsi makna surah Al-Fatihah. Ada di antara kita yang selama ini hanya tahu baca tetapi tidak pernah tahu pun makna di sebaliknya. Ye la.. kita selalu baca sewaktu solatkan. Lebih bermakna solat kita itu kalau kita tahu makna ayat yang kita baca.
ayat pertama: Bismillah... :DGN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
ayat kedua: Alhamdulillah....: SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.
ayat ketiga: Arrahman.....: MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG.
ayat keempat: Maliki....: YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN.
ayat kelima: Iya....: HANYA KEPADA ENGKAULAH KAMI MENYEMBAH DAN HANYAKEPDA ENGKAULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN.
ayat keenam: ihhdi.....: TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS.
ayat ketujuh: Sira...: (YAITU) JALAN YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN NIKMAT KEPADA MEREKA: BUKAN (JALAN) MEREKA YANG DI MURKAI DAN BUKAN (PULA JALAN) MEREKA YANG SESAT.
PERINCIAN:
Al-Fatihah bermaksud Pembukaan. Sesuai dgn kedudukannya di dalam Al-Quran.
Surah Al-Fatihah ini di turunkan di Makkah.
Nama lain bagi surah Al-Fatihah ini :- "UMMUL QUR'AN" (induk Al-Quran) @ "UMMUL KITAAB" (induk al-kitaab) kerana ia merupakan induk bagi semua isi ayat Al-Quran. Disebabkan itu ia di wajibkan kita membacanya setiap hari ketika solat. Kerana ia adalah JANTUNG Al-Quran.
Dlm Al-Fatihah terdapat 3 perkara penting:
1-Keimanan :- Beriman kepada Allah, yang mana di tegaskan bahawa segalapuji dan syukur atas segala nikmat yang di kurniakan. Allah pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat di muka bumi Allah.
2-Hukum-Hukum :- Jalan kebahagian dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagian dunia dan akhirat.
3-Kisah-Kisah :- Kisah para nabi dan rasul serta orang-orang terdahulu.
Diharap kita semua dpt lebih memahami maksud Al-Fatihah yg sebenarnya.
Maksudnya Langsat petik dr Al-Quran dan Terjemahan sendiri. Bukan copy and paste dr mana-mana web. Semoga kita semua mendapat manafaatnya kelak. Wallahualam