Friday, 8 July 2011

Nisfu Syaaban

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula : Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain daripada bulan Ramadhan. Selain daripada itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya : "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Bulan Syaaban adalah bulan yang diapit oleh dua bulan yang sangat mulia, yaitu Rejab dan Ramadhan. Bulan Rejab merupakan salah satu dari 4 bulan haram : bulan-bulan yang dihormati. Allah berfirman agar kita tidak menganiaya diri kita dengan berbuat maksiat pada bulan-bulan haram, sebab melakukan maksiat pada bulan haram lebih berat tanggung jawabnya kelak di akhirat.

Adapun keutamaan bulan Ramadhan sangat banyak, di antaranya: ibadah wajib pada bulan itu seperti 70 ibadah wajib pada bulan lain, amalan sunah dibulan itu senilai amalan wajib di bulan lain, pada bulan itu Quran diturunkan, dan terdapat malam yang lebih mulia dari seribu bulan, dll. Keutamaan yang banyak dari kedua bulan ini seakan menenggelamkan kelebihan bulan Syaaban. Padahal, bulan Syaaban juga memiliki keutamaan.

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : ”Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

NISFU SYAABAN

Nisfu Syaaban iaitu malam ke 15 merupakan malam "pembukaan rohani" bagi setiap individu Muslim yang bakal dikunjungi bulan Ramadan al-Mubarak. Setiap individu Muslim wajar menghayati sepanjang malam tersebut dengan penuh keikhlasan mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah Taala.

Allah berfirman dalam surah al-Dukhan (44) : ayat 1-4 yang maksudnya dapat dirumuskan bahawa Allah telah mengurniakan malam nisfu Syaaban sebagai malam yang diberkati dan segala jenis amalan manusia ditetapkan yang meliputi soal ketentuan hidup, kematian, rezeki, suratan takdir dan segala-galanya yang merangkumi aspek kehidupan individu Muslim.

Rasulullah SAW bersabda yang memberi maksud bahawa pintu rahmat sentiasa terbuka kepada umat Islam bermula pada awal malam nisfu sehingga terbit fajar. Oleh itu perbanyakkan beristighfar dan berdoa kerana Allah akan memakbulkannya. Justeru itu, rebutlah peluang tersebut untuk mengunjurkan doa ke hadrat Allah.

Hadis pertama
Aisyah RA bercerita bahawa pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia lalu mencari dan akhirnya menemukan Baginda di Baqi' sedang mengadahkan wajahnya ke langit. Baginda berkata : "Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nisfu Syaaban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu domba Bani Kalb." (HR Tarmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadis kedua
Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah pada malam nisfu Syaaban mengawasi seluruh mahluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan." (HR Ibnu Majah)

Hadis ketiga
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Jika malam nisfu Syaaban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, kerana sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala, lalu Aku menyelamatkannya, adakah yang begini (2x), demikian seterusnya hingga terbitnya fajar." (HR Ibnu Majah).

Demikianlah keutamaan dan kelebihan malam Nishfu Syaaban, marilah kita manfaatkan malam yang mulia ini untuk mendekatkan diri dan memohon sebanyak-banyaknya kepada Allah.

TIPS DAN DOA NISFU SYAABAN

Perkara-perkara yang wajar dilakukan sebelum berdoa :
Solat sunat dua raka'at selepas menunaikan solat fardu maghrib. Raka'at pertama : baca al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan surah Qul Ya Aiyuha al-Kafirun, sehingga habis surah. Pada raka'at kedua : selepas bacaan al-Fatihah, diteruskan dengan bacaan surah al-Ikhlas (Qul Huwallahu Ahad, sehingga habis).

Selepas memberi salam kedua, beristighfar dan seterusnya memulakan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali sehingga selesai dan setiap bacaan hendaklah diniatkan seperti berikut :
Bacaan Yasin pertama : memohon kepada Allah agar dipanjangkan usia agar dapat terus melakukan ibadat. Ibadat tidak hanya tertumpu kepada perkara-perkara khususiah seperti solat, puasa, nenunaikan zakat dan seumpananya. Menurut Islam, ibadat adalah segala bentuk niat, perlakuan, perbuatan, perkataan dan segala-galanya selagi ia berniat kerana Allah adalah dikategorikan sebagai ibadat. Ini bererti setiap aspek kehidupan kita adalah ibadat termasuk juga berkerja, menuntut ilmu pengetahuan dan seumpamanya.

Bacaan Yasin kedua : memohon kepada Allah agar dilimpahkan dan dikurniakan rezeki yang halal dan melimpah ruah untuk bekalan kehidupan dan seterusnya dapat di manfaatkan dan dibelanjakan di jalan yang diredai Allah. Rezeki di sini tidak hanya tertumpu kepada material semata tetapi turut meliputi rezeki agar dikurniakan pasangan hidup bagi yang belum bernikah, cahayamata, rezeki kesihatan fizikal, mental dan spiritual, rezeki keluarga bahagia, rezeki kebahagiaan dan ketenangan jiwa, rezeki memperolehi kejayaan cemerlang dan seumpamanya selagi ianya tidak tergelincir daripada landasan ajaran Allah.

Bacaan Yasin ketiga : memohon agar ditetapkan dan ditingkatkan iman sehingga ke akhir hayat supaya dapat memberi bakti kepada agama, bangsa / masyarakat, negara dan diredai di dunia dan akhirat.

Membaca seberapa banyak doa-doa yang baik maksubnya dan yang afdalnya adalah seperti doa :

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Ya Allah, yang memiliki anugerah dan tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan, yang memiliki karunia dan kenikmatan, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau tempat berlindung, tempat memohon pertolongan, dan tempat aman bagi orang yang ketakutan,

Ya Allah, jika telah Engkau tuliskan nasibku dalam Ummul kitab sebagai orang yang sengsara, atau orang yang diharamkan mendapat kenikmatan, atau orang yang ditolak, atau orang yang disempitkan rezekinya, maka demi kemurahan-Mu, hapuskanlah ya Allah, kesengsaraanku,keterhalanganku dari nikmat, ketertolakkanku, dan kesempitan rezekiku, kemudian tetapkanlah aku di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki cukup, memperoleh taufiq untuk melakukan segala kebaikan, Sesungguhnya Engkau telah berfirman, dan firman-Mu lah yang benar, di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada nabi-Mu yang diutus, iaitu : "Allah (berkuasa utk) menghapus dan menetapkan yang dikehendaki-Nya, dan di sisi-Nya Ummul kitab" Ya Allah, dengan tajallimu yang Maha Agung pada malam Nishfu Syaaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan semua persoalan penting, aku mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang aku ketahui, atau yang tidak aku ketahui, atau yang lebih Engkau ketahui,sesungguhnya Engkau Maha Luhur dan Mulia.

Semoga sholawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya,dan segenap puji bagi-Mu ya Allah, Pemelihara sekalian alam.

Setiap individu digalakkan agar terus berzikir kerana Allah dan melakukan seberapa banyak kebajikan dan permohonan doa. Doa yang dilakukan pada malam nisfu Syaaban (selain daripada antaranya doa pada sepanjang malam Juma'at dan sepanjang hari Juma'at, doa pada bulan Ramadan, doa pada 10 Muharram dan pada malam kedua-dua hari raya iaitu hari raya 'idilfitri dan 'iduladha) lazimnya akan diperkenankan Allah dengan beberapa syarat iaitu :- Bertaubah nasuha terlebih dahulu bai individu yang melakukan dosa besar dan bersihkan dan sucikan hati daripada segala niat yang buruk, perasaan hasad dengki dan segala perkara yang membolehkan individu lalai daripada terus mengingati Allah.

Dalam keadaan fizikal dan spiritual yang bersih (dalam keadaan berwudu'). Niatkan dan tumpukan hanya kerana Allah (sebagai contoh sekiranya ingin memohon agar dapat A plus dalam setiap subjek dan mendapat anugerah pelajar terbaik adalah semata-mata untuk mencurahkan segala ilmu yang diperolehi bagi kebajikan agama, masyarakat dan negara melalui jalan yang diredai agama). Amanah, jujur, ikhlas dalam menunaikan segala tanggungjawab yang diberikan. Memahami tanggungjawab sebagai insan yang dicipta Allah.

Melakukan usaha gigih dan tekun dalam setiap tanggungjawab yang diberikan demi mencapai agar permohonan yang dipanjatkan kepada Allah tertunai dan ditunaikan. Ini kerana doa tidak akan dimakbulkan sekiranya kita hanya bertawakkal tanpa melakukan usaha gigih. Pada hari keesokannya digalakkan berpuasa sunat nisfu Syaaban dan hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah. Segala usaha kebaikan hendaklah diteruskan sepanjang hayat kehidupan dan tidak hanya terhenti pada waktu tertentu sahaja seperti malam nisfu Syaaban, bulan Ramadan dan sebagainya. Kita wajar paling ingat mengingati demi kerna perasaan kasih sesama saudara seagama dan seiman dengan Allah walaupun adakalanya ia amat pahit untuk ditelan.

Hari nisfu sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam