Aku tak pandai berpuitis kata-kata indah, aku tak reti nak ekspresi cinta aku, aku tak tahu nak mengayat berbunga-bunga, aku takde ayat power … Maaf … tapi apa yang aku tahu, aku buat apa yang aku rasa aku nak buat … aku tak boleh lebih dari itu kerana ini aku … aku hanya mahu difahami sahaja … ego bunyinya kan??? … tapi itulah yang menjadikan aku, AKU …
Friday, 8 July 2011
Rasulullah Berpesan Kepada Aishah Ra
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : - Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. - Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. - Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. - Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
dicilok & dipersembahkan kat korang semua oleh ~
Jiha Kamaruddin