Thursday, 13 January 2011

:: Mencintai & Dicintai ::

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika kita merasakan sesuatu itu akan membuatkan kita bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua. Masa tidak menunggu kita. Jika kita merasakan kita telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau kita akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan kita benar-benar bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja." Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; Kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kita. Dari kalangan yang kita pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari kita walau dimana sahaja kita berada. 1: Orang yang bersama kita ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar kita sayangi. 2: Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kita ketika ini tetapi masih menyayangi kita sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yang bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!) kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting untuk mempercayai seseorang yang kita sayang/cintai, kita mestilah membuat dia mempercayai kita dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan kita. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap kita dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya kita kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk kita mencubanya terlebih dahulu; kerana jika kita berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika kita tidak mahu/berani mencubanya, kita mungkin akan kehilangan orang yang kita sayang/cintai selamanya.

Kita tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Kita cuma kalah jika kita bertangguh. Jangan takut untuk meluahkan isi hati kita kepada orang yang kita sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang kita sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup kita. Dengan itu, kita akan rasa lebih yakin dan puas dan kita akan rasa bangga terhadap diri kita kerana kita telah menunaikan tanggungjawab kita terhadap perasaan hati kita.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kita kerana akibatnya, hanya kita yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kita, tetapi dia masih sanggup menyayangi kita dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan kita dan masih sanggup bersama kita dan lebih menyayangi kita, maka kitalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta kita.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain. Bukalah pintu hati kita, benarkan orang yang kita sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila kita bercinta … Ia bukan 'passport' untuk kita difahami; tetapi untuk kita memahami. Ia bukan 'passport' untuk kita mengambil itu dan ini; tetapi untuk kita diambil. Ia adalah untuk kita mendengar; bukan supaya kita didengar. Ia adalah untuk kita berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk kita meminta itu dan ini. Ia bukan untuk kita berkira-kira atau mengukur; tetapi untuk kita mencintai …

“ … bercinta tidak semestinya kedua-dua mengecapi kebahagian bersama … berkorban untuk melihat orang yang disayangi juga adalah cinta yang sebenarnya ...”