Thursday, 13 January 2011

:: Pada Ketika Aku Serahkan Cinta Untuk Dia Yang Ku Rindu Dalam Mengejar Ketaatan ::

Buat seorang yang cukup ku sayangi ... terima kasih kerana menyedarkan “Syg” erti kasih sayang dan erti kehidupan yang sebenar ... :- ‘Aku yang kau panggil –Syg-‘...

Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta iaitu cinta yang pasti dan abadi, telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini. Tapi, sebagai manusia biasa yang dianugerahkan perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba ...

Apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku kerana sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa. Pengalaman yang ku dengar di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yang aku tak mungkin kuat untuk hadapi situasi sebegitu. Tapi takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana seperti yang di kata ... naluri dan perasaan tetap mengharap.

Sebelum aku serahkan cinta ini yang bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dari MU ... kerana aku tak mampu untuk memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan. Segala yang kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah ... aku redha. Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari Mu Ya Allah dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta ini kepadanya ... hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai dia bukan pencinta Allah jua.

Pengharapan yang semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa direstui dan diberkati hubungan ini. Akan ku pastikan tiada bibit dosa yang terlangsung ... akan ku pastikan ia suci daripada sebarang noda dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap, tapi penentuannya hanya Allah yang berhak ... jadi walau apa yang berlaku di kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah ... usaha sudah dilakukan dan itu semua dengan kehendak Mu Ya Allah ... Namun, dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang lebih memerlukan dirinya ... perkara yang cukup menakutkan aku akhirnya terjadi ... keputusan yang terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk aku melepaskan dirinya tanpa rela ... Dugaan menghujani diriku. Aku khuatir ...pabila tiba masanya, dirinya aku tinggalkan disebabkan aku takut fitnah dunia kerana AKU SEORANG WANITA. Aku sendiri hairan ... apa yg menambat diriku sebegini?. Hingga kini ... sudah puas aku memujuk diri ... berbekalkan iman di hati ... aku pasrah atas ketentuan Ilahi ... dia bukan milikku ... kehadirannya seketika hanya sebagai ujian daripada Allah, dan mungkin juga penebus dosaku ... cukup perit ujian yang kulalui ini ... dan sehingga kini, kesepian di hati masih subur membuatkan aku sering menangis ... bukan kerana tidak dapat menerima takdir Mu Ya Allah, tapi kerana pada ketika ku serahkan cinta itu ... aku telah serahkan sepenuhnya ... dan kini ia tiada lagi ... puas ku cuba hilangkan kesedihan ini ... tapi aku belum mampu ... Apa yang ku harap dari Mu Ya Allah, tak sanggup lagi ku lalui keadaan sebegini untuk seterusnya ... tapi aku sedar ... kehendak MU mengatasi segalanya ... Kerana aku tahu Engkau lebih tahu perihal kejadian hamba MU ... suburkan sahaja iman di hati ini ... aku redha ... ku pohon kepada Mu Ya Allah ... titipkanlah perasaan kasih ku ini kepada orang yang berjalan di jalan MU, yang menyintai MU, yang menegakkan ajaran MU, yang membantuku mengenali kebesaran MU... agar lebih erat pergantunganku dan cintaku pada MU Ya Allah ... Amin Ya Rabbal a'lamin.

"Janji Allah Maha BENAR ... janji manusia TIDAK PASTI". Sesuatu yang masih segar diingatanku ... diriku sentiasa diuji. Wallahu a'lam.

”Dengan perkataan terbuka pintu syurga, dan dengan perkataan juga terbuka pintu neraka....”