Friday 8 July 2011

:: Ubat Saranan Rasulullah s.a.w ::

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas" (books of sufi healing page 58)

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah s.a.w. menyuruh dipanggil tabib Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abi Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan halba dan kurma ajwa. Dengan izin Allah s.w.t, Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya bersabda : "Gunakanlah halba sebagai ubat" (qamus al-tibb ahad qodamah-mesir)

Kegunaan Halba

1. Di minum sebagai teh untuk
- melancarkan haid
- menghilangkan kembung, sebu dan senak
- pencuci perut
- menguatkan jantung
- menghilangkan lender tekak
- melegakan sakit kepala/ migraine
- membuang angin
- menyembuhkan buasir
- senggugut
- merangsang rahim
- kegemukan
- kurang berat badan
- mengawal kencing manis
- radang kulit dan bisul

2. Teh halba + madu
- kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita, memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan, menjadi amalan kuno tabib cina untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh al-abqirad (hippocrates) iaitu bapa perubatan yunani.