Tuesday, 24 April 2012

Solat Dhuha

Murah Rezeki, Mudah ke Syurga

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Solat sunat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat Dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat.”

Imam Tarmizi meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bersolat sunat Dhuha secara rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.” (Riwayat Tabrani)

Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: “Pada diri manusia itu ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.”

Para sahabat bertanya, siapakah yang terdaya melakukannya ya Rasulullah? Lalu baginda bersabda : “Boleh juga dilakukan dengan menahan kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalanan, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat sunat Dhuha cukup baginya.”

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Ya Allah
Sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu
Kecantikannya adalah kecantikanMu
Keindahan itu keindahanMu
Kekuatan itu kekuatanMu
Kekuasaan itu kekuasaanMu
Dan perlindungan itu perlindunganMu

Ya Allah
Jika rezekiku masih di langit ... Turunkanlah
Dan jika di dalam bumi ... Keluarkanlah
Jika sukar ... Permudahkanlah
Jika haram ... Sucikanlah
Dan jika jauh ... Dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan, Keindahan, Kekuatan, KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yang soleh