Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

Keistimewaan Zulhijjah

ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.
Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.

Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36)

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w.

Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.

Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w juga tidak ketinggalan menyatakan beberapa amalan yang sangat dianjurkan pada bulan ini, antaranya:

• Menunaikan ibadat haji dan umrah sebaik-baik amalan.

• Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada hari Arafah. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat Muslim)

• Bertakbir (Allahu Akbar) dan membasahkan lidah dengan pelbagai zikir pada sepuluh hari Zulhijjah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum.” (al-Hajj: 28)

Disyariatkan juga bertakbir pada hari yang mulia itu sama ada pada siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu (dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Aidiladha pertama iaitu pada 10

Zulhijjah. Semuanya berakhir pada waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

• Bertaubat dan seterusnya meninggalkan semua perkara maksiat dan dosa. Dalam masa sama, memperbanyakkan amalan baik dengan tujuan mencapai keampunan dan rahmat Allah.

• Memperbanyakkan amalan baik terutama amalan sunat yang sangat dianjurkan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan sebagainya kerana semua amalan dilakukan pada hari berkenaan digandakan ganjarannya di sisi Allah.

• Disyariatkan umat Islam yang berkemampuan untuk melakukan amalan korban pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq yang berikutnya iaitu pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

• Setiap Muslim hendaklah menunaikan solat Aidiladha berjemaah dan mendengar khutbah supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Fadilat Bulan Rejab

Rasullullah SAW bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

"Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah samaseperti berpuasa 100,000 tahun."

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga."

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."

"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Wednesday, 6 July 2011

:: Safar Bukan Bulan Sial ::

MASYARAKAT Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan Islam terkenal dengan amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan mereka dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat. Sebagai contoh, sebelum memulakan perjalanan, mereka akan melihat fenomena sesetengah binatang. Mereka melepaskan burung mahupun busur panah ke kiri atau ke kanan, dengan anggapan arah itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan.

Jika gerakan itu menunjukkan alamat yang tidak baik, mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan dan perkara sebegini disebut sebagai 'tathayyur' atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara.

Islam menyelar budaya tathayyur dan menganggap ia satu perbuatan mencemar kemurniaan tauhid kerana bergantungnya hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah dengan meyakini perkara itu boleh membawa mudarat atau manfaat. Firman-Nya bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal." (at-Taubah: 51)

Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa kerana sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela. Oleh itu, bagi sesiapa yang melakukan sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur, dia sudah terjebak dalam lembah kesyirikan, namun yang menyedihkan setiap kali tiba bulan Safar, budaya jahiliyah yang diperangi Islam ini seakan-akan muncul semula.

Safar adalah bulan kedua dalam kalendar Hijrah dan Safar bermaksud kosong atau meninggalkan sesuatu tempat. Penamaan bulan yang kedua ini sebagai Safar kerana kebiasaan orang Arab meninggalkan rumah mereka pada bulan ini bertujuan memerangi musuh dan mereka juga gemar mengembara pada bulan ini.

Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan ada kesialan pada bulan ini. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi segelintir kecil umat Islam pada zaman ini akibat lemahnya iman dan jahil terhadap ilmu tauhid. Mereka beranggapan Safar adalah bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu, banyak musibah dan bencana terjadi pada bulan Safar khususnya pada Rabu minggu terakhir.

Sesetengah umat Islam menghindarkan diri daripada melakukan perjalanan pada bulan Safar melainkan ada keperluan mendesak. Contohnya dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab terbabit memilih untuk menahan diri daripada keluar berjalan pada bulan Safar dan menasihati semua pengikut tarekat itu tidak meninggalkan rumah melainkan jika benar-benar perlu.

Dalam kitab itu dikhabarkan yang Syeikh tarekat terbabit, Abdullah Faiz Daghestani berkata: "Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Sesiapa yang mengekalkan adab ini yang disebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa."

Bagi segelintir orang Melayu pula ada yang menghindari daripada mengadakan majlis perkahwinan pada bulan Safar kerana dipercayai jodoh pasangan pengantin itu tidak berkekalan dan kelak akan susah untuk mendapatkan zuriat. Ada juga beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang itu. Semua ini perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke akar umbi.

Firman-Nya bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (at-Taghaabun: 11). Lantaran itu beberapa amalan bidaah dicipta sempena bulan Safar ini untuk menghindari sebarang bentuk malapetaka, seperti mandi safar, yang dilakukan sesetengah orang Melayu satu ketika dulu. Mereka mandi beramai-ramai di tepi sungai mahupun pantai yang dianggap sebagai satu ritual untuk menolak bala pada bulan Safar serta menghapuskan dosa.

Diceritakan orang Melayu berarak menuju ke destinasi terpilih diiringi alunan muzik, nyanyian, jampi serapah dan alunan zikir tertentu. Selepas itu, mereka membaca jampi tertentu atau menulis ayat tertentu di atas kertas lalu memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mandi dengannya. Sebenarnya amalan mandi Safar ini diwarisi daripada budaya Hindu.

Walaupun pesta mandi Safar ini makin lupus dalam budaya Melayu, masih ada sesetengah pihak yang melakukan pembaharuan dalam upacara berkenaan. Lalu diarahnya menulis ayat tertentu pada kertas atau papan dan direndam di dalam kolah atau tangki air untuk seluruh ahli keluarga mandi.

Syeikh Muhammad Abdussalam al-Syaqiry berkata: "Orang-orang awam biasa menulis ayat tertentu mengenai keselamatan di atas kertas, misalnya ayat: Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!

Pada Rabu terakhir bulan Safar, mereka meletakkannya di dalam bekas (berisi air) untuk diminum airnya dan untuk mencari keberkatan kerana mereka berkeyakinan hal ini akan menghilangkan nasib buruk. Ini adalah keyakinan yang sama sekali salah dan harus ditentang."

Selain itu, ada pula mengadakan solat sunat empat rakaat pada Rabu terakhir bulan Safar, iaitu selepas terbit matahari dan sebelum masuknya waktu Zuhur. Pada setiap rakaat orang yang mengerjakannya diminta membawa surah al-Fatihah sekali, al-Kautsar 17 kali, al-Ikhlas lima kali, al-Falaq dan an-Naas sekali dengan satu tahiyat, diiringi doa khusus selepas solat.

Ternyata tiada dalil sah menunjukkan solat sunat dan bacaan doa berkenaan. Lebih-lebih lagi dalam doa itu ada lafaz tawassul yang dilarang syarak iaitu menjadikan Saidina Hassan r.a, Hussain, Ali, Fatimah dan keturunan mereka sebagai perantara dalam berdoa.

Semua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar termasuk berkorban pada 27 Safar, memperbanyakkan sedekah bagi mengelak bencana serta membaca surah dan zikir tertentu tidak pernah diperintah Rasulullah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim)

Thursday, 13 January 2011

:: Kelebihan Bulan Rejab ::

1) Sabda Nabi s.a.w :- Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di Hari Kiamat. ( Al-Hadis)

2) Sabda Nabi s.a.w. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanKu dan Bulan Ramadhan bulan umatKu ... ( Al-Hadis)

3) Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4) Malam awal rejab mustajab Do’a nya (Dalam kitab Roudhoh Imam Nawawi)

5) Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya ... ( Al-Hadis)

6) Puasa 3 hari pada bulan Rejab mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan) ... ( Al-Hadis)

7) Puasa 4 hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di Hari Kiamat ... ( Al-Hadis)

8) Puasa 5 hari pada bulan Rejab aman dari azab kubur, Puasa 6 hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya.

9) Puasa 7 hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.

10) Puasa 8 hari pada bulan Rejab dibuka baginya 8 pintu Syurga.

11) Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah’ tidak ditolak dia dari memasuki Syurga.

12) Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.

13) Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.

14) Puasa 19 hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

15) Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu, maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (Pembaharuan Umur)

16) Berkata Saidina Ali :- • Puasa rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun. • Puasa rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. • Puasa rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

17) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

18) Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

19) Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari Qiamat.

20) Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya ; Berseru dari langit :- Bergembiralah kamu dengan kemulian yang besar ; dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati dengan puasa, masuk kubur dengan puasa , keluar kubur dengan puasa , dan masuk Syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas azab kubur (Al-Hadis) – Berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malamnya)

21) Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :- a. diampunkan dosanya yang lalu. b. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. c. terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

22) Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

23) Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang- kurangnya sebiji roti.

24) Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan.

25) Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti Ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu Mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.

26) Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah.

27) Allah jadikan dibelakang bukit Jabal Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap-tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka untuk Umat Muhammad s.a.w. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!.

28) Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pada pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

29) Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya, " Telah wajib hak mu atasKu maka mintalah oleh mu kepada Ku " " Demi ketinggianKu dan KebesaranKu, tiada aku tolak kan hajat mu . Engkau adalah jiran Ku dibawah ‘arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala maklukKu, engkau terlebih mulia atasKu, Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau" – (Dari kitab Raudhatul Ifkar) – Al-Hadis.

30) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahala nya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj. --- ( Al-Hadis)

31) Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus. --- (Al-Hadis)

32) Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di Titi Sirotolmustaqim.

33) Rejab ertinya ta'zim (Kebesaran, keagungan, kemuliaan) dengan kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab maka Allah dengan limpahkan RahmatNya, kemurahanNya dan KebajikanNya kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaanya keagungan bulan Rejab itu yang di namakan ia dengan Syahrullah (Bulan Allah).

34) Rejab bulan menabur benih. Sya'ban bulan menyiram tanaman. Ramadhan bulan menuai.

35) Rejab menyucikan badannya. Sya'ban menyucikan hatinya. Ramadhan menyucikan rohnya.

36) Rejab bulan maghifirah (keampunan). Sya'ban bulan syafaat. Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

37) Rejab bulan taubat. Sya'ban bulan muhibbah. Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

38) Rejab diganda 70 pahala. Sya'ban diganda 700 pahala. Ramadhan diganda 1000 pahala.

:: Puasa Di Bulan Rejab ::

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud : "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud : ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata : "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya : "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


BULAN REJAB

Bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan Allah s.w.t., maka :

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah s.w.t.

2. Dan barang siapa berpuasa pada hari Isra' Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka Allah s.w.t. akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, Insya Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah s.w.t.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah s.w.t. akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : "Pada malam Mik'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah ke sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada Allah, lalu Allah meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi, "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi Allah, Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah s.w.t., kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

:: Bulan Muharam ::

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun :
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar pada akhir bulan/ 30 Zulhijjah. Sebelum masuk waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun :
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya : Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa awal tahun :
: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat :

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Antara amalan baik dimalkan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
2. Memuliakan fakir miskin.
3. Menahan marah.
4. Menunjukkan orang sesat.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
6. Banyakkan bersedekah.
7. Memelihara kehormatan diri.
8. Mandi Sunat.
9. Bercelak.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
11. Solat sunat empat rakaat.
”Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
13. Menjamu orang berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Bagi membezakan puasa Muslim dengan orang Yahudi yg juga mereka amalkan pada 10 Muharram sahaja, maka berpuasa Sunnat Asyura selama 2 hari samada pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram atau 3 hari iaitu 9 hingga 11 Muharram.

Kisah Hijrah:

Rasulullah berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibril memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.

Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.